Siapa Sebenarnya Saiful Nang?

Tuesday, June 21, 2011

SIAPA SAIFUL NANG?

“Saiful Nang dikenali sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia (Mediacorp Singapore, 2010) dan juga dilabelkan di antara 20 individu usahawan kreatif paling berjaya di Malaysia (Dewan Ekonomi, 2010). Beliau yang merupakan pengasas kepada kumpulan jurugambar terbaik negara, CandidSyndrome juga disenaraikan dalam TOP 10 OF MALAYSIAN seganding dengan nama-nama besar lain seperti Datuk Jimmy Choo, Datuk Seri Anthony Fernandes, Datuk Lee CHong Wei, Datuk Nicole Anne David, Datuk Misbun Sidek dan ramai lagi.

Saiful Nang disenarai dalam majalah TOP 10 of Malaysia Edisi Pertama sebagai salah seorang usahawan muda paling berjaya di Malaysia.

Rencana tentang Saiful Nang dalam segmen MUDA & BERJAYA dalam majalah TOP10 of Malaysia Edisi pertama.

Kecemerlangan CandidSyndrome International yang beliau pacu sedari tahun 2004 kini telah mendapat tempat bukan sekadar dari dalam negara tetapi serata dunia dengan representasi jurugambar di bawah label CandidSyndrome ini telahpun bertapak di Jakarta, Brunei dan juga Stockholm, Sweden. Saiful Nang dikenali sebagai seorang jurugambar yang bersuara lantang dalam memartabatkan fotografi di Malaysia supaya terus bangkit melangkah menjadi yang terhebat di dunia.

Saiful Nang yang dilahirkan dari keluarga miskin dan bekerja untuk menyara persekolahan sendiri telah mendapat pendidikan tingginya di Universiti Multimedia dalam bidang Media dan kemudian dikurniakan gelaran Master Photographer dari organisasi MPA di United Kingdom kerana kualiti karya beliau yang meyakinkan panel penilaian yang sangat ketat. Selain menerajui CandidSyndrome, beliau juga kini menjadi jurulatih utama dan Pengetua SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan secara maya dan fizikal telahpun melatih lebih dari 30,000 jurugambar di Malaysia.

Berjaya pada seusia muda, melangkah ke serata dunia dengan bertiketkan fotografi, beliau tidak pernah lupa asal usul beliau dan beliau tidak bekerja dan berusaha untuk diri sendiri, malah beliau juga merupakan seorang pengasas bersama sebuah rumah kebajikan bernama Rumah Pengasih Warga Prihatin (www.prihatin.net.my) dan juga Pengarah NGO PaduCare (www.paducare.org) yang membantu pesakit-pesakit miskin mendapatkan sokongan kesihatan. Cetusan legasi dan kehebatan pengaruh beliau dalam bidang fotografi di Asia menjadikan beliau dipilih sebagai TOKOH BELIA ASIA 2010 melalui Asian Youth Ambassador Awards 2010 bila mana beliau mengungguli seluruh kategori untuk menjadi pemenang keseluruhan ASIAN YOUTH AMBASSADOR – MOST OUTSTANDING YOUTH OF THE YEAR 2010 anjuran Asian Youth Ambassador Organization (AYA).

Saiful Nang merupakan penerima agung Anugerah Duta Belia Asia (Asian Youth Ambassador / AYA) untuk tahun 2010 atas kejayaannya dalam perniagaan dan juga komitmen beliau dalam kerja-kerja kebajikan.

Pencapaian sepanjang hayat yang dicapai dengan hasil fotografi.

Menjadi cerita muka hadapan dalam Sin Chew Daily – bahagian Pendidikan setelah mengondol anugerah belia antara paling berprestij Asia.

Saiful Nang dalam rencana Sin Chew Daily, akhbar berbahasa Cina di Malaysia

Saiful Nang bersama projek kebajikan beliau di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Sebahagian dari dana pembangunan adalah hasil fotografi. Rumah ini juga dikongsibangunkan dengan 20 orang pemilik bersama.

Saiful Nang dalam barisan 4 terbaik Malaysia.

Bagaimanakah beliau bangkit menjadi seorang ikon belia hanya pada umur semuda 31 tahun? Tahukah anda Saiful Nang pernah menggali pusat pelupusan sampah bagi mencari permainan terbuang untuk diguna-semula? Tahukah anda, Saiful Nang pernah menjual lukisannya seawal umur 8 tahun untuk belanja sekolah? Tahukah anda Saiful Nang membesar dari keadaan serba miskin dan beliau mengubah kesemuanya dengan tekad dan semangat yang jitu?

Sumber: Saiful Nang.net

Fuh! Memang terbaik. Moga bole jadi PRO mcm dia, ameen~

Post a Comment

Latest Instagrams

© Julfy Photography. Design by Fearne.