Majlis Akad Nikah & Sanding

Sunday, November 15, 2015


Apa itu majlis akad nikah? Mungkin ramai pelanggan tidak tahu, atau mungkin salah paham akan majlis nikah sahaja atau majlis nikah dan sanding menurut kami sebagai jurugambar.

Majlis Nikah

Pertama

Majlis yang disertai dengan majlis akad nikah bersama tok kadi, batal air sembayang bersama pasangan pengantin perempuan. Bergambar diantara pasangan pengantin, bergambar bersama keluarga kedua-dua belah pengantin lelaki dan perempuan dan rakan-rakan.

Ada sesetengah majlis akad diadakan di masjid, dan ada majlis makan-makan dirumah bersama pengantin. Tanpa ada pelamin, tanpa ada sesi persalinan baju dan tanpa ada makan-makan beradab. Seterusnya sesi outdoor.

Kedua

Majlis yang disertai dengan majlis akad nikah bersama tok kadi, batal air sembayang bersama pasangan pengantin perempuan. Bergambar diantara pasangan pengantin, bergambar, bersama keluarga kedua-dua belah pengantin lelaki dan perempuan dan rakan-rakan.

Ada sesetengah majlis akad diadakan di rumah, ada majlis doa selamat, ada majlis makan-makan dan sesi bergambar pengantin dengan keluarga dan rakan-rakan diatas pelamin, tiada sesi persalinan baju dan tanpa ada makan beradab. Seterusnya sesi outdoor.

**Majlis nikah selalunya mengambil masa 2-5 jam termasuk outdoor (jika ada sesi outdoor)

Jika majlis Nikah itu, ada persalinan baju, atau jika tiada persalinan baju. Ada tambahan makan beradab atau tambahan jika ada sesi potong kek dan majlis makan-makan dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang kebiasaanya, dan seterusnya ada sesi outdoor, itu sudah dikira majlis sanding, dan bukan majlis nikah sahaja. Jadi, jika ada majlis Nikah & sanding, kadar bayaran perlu mengikut pakej yang telah disediakan. Bermakna, majlis nikah dan sanding jumlah pembayaran tidak sama dengan jumlah pembayaran untuk majlis nikah sahaja. Diharap pelanggan kami paham akan situasi ini.


Shutter itu duit, bagi seseorang jurugambar. Sebab setelah sampai masanya, shutter kamera perlu diservis dan akan mengeluarkan modal/duit yang agak banyak. huaaaaaa!

Yang Benar,
Julfy Photography

Post a Comment

Latest Instagrams

© Julfy Photography. Design by Fearne.